Monday, July 13, 2015

Berhati-Hati Pulang Beraya Dikampung

Assalamualaikum semua, 

Seperti tahun2 yang lepas... kita pasti akan balik beraya di kampung halaman bersama keluarga, pada tahun ini kita dinasihatkan oleh seseorang yang kurang kasih sayang ketika kecilnya dia, mungkin oleh kerana terbiasa dengan keluarga yang tidak balik kampung sebaliknya hanya beraya di bandar. beliau menyeru supaya semua orang tidak balik ke kampung untuk menjimatkan kos sara hidup seharian.
(kepala bana beliau). 

Berhati-hati balik beraya

 Kita abaikan saja apa yang dia cakap.. sebab dia orang kaya.. tidak ada masalah dengan segala apa jua yang ada.. sebagai rakyat marhin. panggilan ibu dan ayah dikampung selalu kedengaran di corong talifon pabila hendak tiba hari yang mulia.. masakan kita tidak mahu pulang ke kampung untuk beraya bersama mereka.. gila kah.?.. berkorban la sikit.. balik saja.. jangan fikir apa2..

OooOOOooo balik kampung.
 keseronokkan bila bersama kedua orang tua yang tersayang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.. tidak dapat dibeli di kedai runcit.. juga tidak dapat dicari jika kita berjauhan dengan mereka.. mengimbau kenangan2 lama di kampung halaman mungkin dapat menghilangkan stress kita yang 24/7 bekerja untuk mendapatkan wang.. kalau asyik stress je.. mati la nak... lagi stress dengar orang suh beraye kat bandar.. x yah balik kampung.. stresssss woii... hahahaha...

Kad Raya 2015

Jadi x perlu pening2... kumpul duit dan balik la kampung... buat la perancangan rapi supaya sesudah balik ke bandar nanti periuk kuali di rumah anda masih berasap.. jangan sampai x berasap.. tu dah over budget dah tu...

pesanan iklas dari saya Ejal Wak Ani :-
berhati2 di jalan raya, ingat kampung ingat mak ayah ingat sanak saudara, balik bukan untuk di junjung ke tanah kubur, tapi balik untuk bersama mereka menikmati lebaran yang mulia ini..

Selamat Hari Raya 2015.

No comments:

Post a Comment